!خلّي الكلاب تنبح

الخط يبقى زماناً # وصاحب الخط مدفونا

Thursday, January 31, 2013

Suami tauladan




Kalau ada pakaian yang kotor, Rasulullah mencucinyanya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tidak ada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumah tangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sholat."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap membangkang, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?" Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi pemimpim keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutu seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai sholat, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan
peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari seperti mana yang diberitakan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata karena takutkan ALLAH, seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahasia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahasia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang
bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun didalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain karenanya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sehati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan para sahabat mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah.

Fisikalnya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."


* Sumber: Internet

Wallahu A'alam . semoga bermanfaat.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Wednesday, January 23, 2013

Lawak #1





Ajoi : Tuan saya nk buat report kereta saya hilang . . .

Polis : Ok... ape jenis kereta wak?

Ajoi : Wak segan . .

Polis : Tak perlu segan-segan la wak, ape jenis kereta wak?

Ajoi : Udah wak cakap wak segan tadi . . .

Selepas puas berbalah antara polis dan Ajoi, akhirnya Ajoi disuruh menulis jenis keretanya di atas kertas dan Ajoi menulis VOLKSWAGEN . . .

Polis : oooWHH . . . .  Lain kali sebut la betul-betul ni wak segan2, ape no platnya?

Ajoi : Bijik dua-dua nampak (BG2264) . .

Polis : @#@$&*??




Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

مولد الرسول



Salam Maulidur Rasul 1434 H
Jom Selawat (:

''Wasatiyah tunggak perpaduan ummah''


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Wedding #1



23.34 PM (Jam Laptop)

Lama betul tidak menulis. hehe
Al-maklumlah sedang cuti semester sekarang nih. Dah hampir masuk minggu ke-3. Jadi tidak ada apa-apa yang menarik yang ingin di kongsikan.

2 hari lagi kakak aku akan berkahwin.**exited . Dan tak lama lagi akan dapat orang baru dalam keluargaku. Abang Ipar! huhu. Faham-faham lah kalau orang nak kahwin ni, macam-macam persiapan yang perlu di buat. First-time buat kenduri besar-besaran. Maklumlah, kakak yang sulung kan. Hmmm mesti lah nak buat yang grand-grand. 

Ukur baju di badan sendiri. Rasanya tidaklah membazir sangat sampai nak buat pelamin ala-ala artis kan.. Yang simple je. Yang penting bagi orang makan. Semalam baru lepas tolak tanah, tambah tanah di sekeliling rumah aku ni. Rumah ni baru je pindah dan baru setahun duduk sini. Buat rumah sendiri dengan tanah pusaka peninggalan arwah atuk. Keliling kelapa sawit dan hasilnya di buat jualan. Jadi nampak macam luas lah sedikit. Nak buat kenduri ni terpaksalah besarkan sedikit halaman rumah dengan menebang beberapa buah pokok kelapa sawit dan di tambah tanah merah dan pasir. Jadi nampak lah luas! hehe.

Alhamdulillah, semua persiapan sudah hampir 70% siap ! Tinggal nak gubah hantaran dan berkat sedikit. Yang lain, khemah, makanan, pelamin, baju pengantin, sudah selesai ! =)

Moga-moga majlis walimatul-urus ini akan berjalan dengan lancar dan di berkati olehn Allah !




**tanah merah yang ingin di ratakan




Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Powered By Blogger